BUKAN semua orang boleh jadi pendidik, apatah lagi mendidik anak orang lain yang langsung tidak ada pertalian darah dengan kita. Bukan calang-calang orang boleh berjaya sebagai seorang guru, yang sanggup berkorban semata-mata ingin melihat anak muridnya maju. Namun, dengan niat yang ikhlas kerana Allah Subhanahu Wata'ala dan sentiasa bersifat positif dengan diiringi restu ibu bapa serta keluarga, saudara-mara dan sahabat handai, kerjaya sebagai guru yang penuh dengan cabaran, telah dapat ditempuhi oleh seorang pendidik muda berasal dari Daerah Tutong. Cikgu Zool Fadli bin Haji Mahbub, salah seorang tenaga pengajar di Sekolah Rendah Sultan Hashim Batu Apoi, di Daerah Temburong, sanggup berjauhan daripada keluarga dan menghabiskan masanya mendidik murid-muridnya di daerah permata hijau bumi Darussalam demi kejayaan purih bangsa yang bakal menjadi peneraju negara suatu hari nanti.
Menceburi kerjaya sebagai seorang guru sejak tujuh tahun lalu, Cikgu Zool Fadli berpendapat, mengajar subjek seperti English, Science dan Mathematics adalah sesuatu yang sudah terbiasa kerana beliau tetap dan sentiasa mempelajari subjek-subjek tersebut dari hari ke hari bagaimana teknik yang mudah agar murid yang diajarnya memahami konsep sesuatu topik yang diajarkan.
''Mungkin cabarannya ialah bagaimana cara untuk mencari dan mengaplikasikan sesuatu topik atau pelajaran yang baru kepada murid-murid. Ia mungkin akan mengambil masa yang agak lama sedikit mengikut kebolehan murid-murid tersebut,'' jelasnya.
Seseorang guru jelasnya, mestilah menunjukkan sikap 'siapa yang bejarih dan bekarih pasti akan belurih' dan membiarkan murid-murid melihat sendiri bahawa guru mereka berkorban demi kejayaan mereka. Perkara utama yang selalu beliau tekankan ketika mengajar di dalam kelas ialah disiplin murid, di mana mereka hendaklah mendengar dan fokus terhadap subjek yang diajarkannya.
TERIMA
Pernah menerima Anugerah Penghargaan Hari Guru (Special Mention) sempena Sambutan Hari Guru 2013, Cikgu Zool Fadli melahirkan rasa syukur dan berbangga dengan peluang dan kepercayaan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan untuk menerima anugerah yang sangat bermakna dan menjadi impian setiap guru. Beliau berpendapat, di antara faktor yang menjadikannya antara penerima anugerah berkenaan ialah niat seseorang sebagai seorang guru.